Ahad, 3 Januari 2016

PEMANTAUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

3 Januari 2016 - Pemantauan awal persekolahan telah diadakan bermula pada 3 Januari 2016 - 14 Januari 2016. Dua kumpulan dari PPID Mersing telah dibentuk untuk memudahkan pemantauan ke sekolah-sekolah yang telah ditetapkan mengikut jadual yang ditentukan oleh Unit Pengurusan Sekolah.
         Selain itu, UPS juga telah mengadakan lawatan Minggu Ukhwah Sekolah (MUS) pada 28 Disember - 30 Disember 2015 ke sekolah-sekolah yang telah ditatapkan. Lawatan MUS ini adalah bertujuan memastikan pihak sekolah mengadakan minggu suai kenal antara guru dengan pelajar Tahun 1 dan pelajar Tadika Islam Johor. Dengan adanya Program MUS ini pelajar akan dapat menyesuaikan diri sebelum minggu persekolahan sebenar bermula.

"GURU MEMBINA ILMU DAN MENYEMPURNAKAN AKHLAK"
   

Rabu, 16 Disember 2015

OBJEKTIF UNIT

1. PENGURUSAN SEKOLAH
- Mmemastikan segala keperluan sekolah agama dapat diadakan
- Melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa
- Memastikan semua Institut Pendidikan Agama di Negeri Johor berdaftar
- Melahirkan system pengurusan Sekolah Agama dinamik dan berkesan

2. PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
- Membangunkan modal insan guru dan murid melalui program seminar, kursus, bengkel dan taklimat.
- Mengurus program bimbingan dan kaunseling guru, staf dan murid
- Mengurus program kokurikulum dan majlis-majlis rasmi Bahagian Pendidikan Peringkat Negeri
- Mengurus latihan ikhtisas perguruan Guru-Guru Agama Kerajaan Johor

SENARAI PEGAWAI DI UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

Unit Pengurusan Sekolah PPID Mersing
1. Haji Ahmad Tabrani bin Mahmud
2. Haji Mohd Latif bin Salamon
3. Ustaz Salleh bin
4. Ustaz Kamil bin Dusuki
5. Zalina binti Noordin
6. Ustaz Mohd Sopian bin Adam
7. Ustaz Abd Hamed bin Othman
8. Ustazah Noriah binti Abd Hamid
9. Ustaz Mohd Hishamuddin bin Taib
10. Ustazah Nor A'ziah binti Othman
11. Ustazah Siti Sabariah binti Yusof